RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 1 Jun 2017

Ghaddar Digugurkan Jurulatih Dari Skuad Lubnan Menentang Malaysia


Tiada kelibat penyerang sensasi baru Johor Darul Ta’azim (JDT) bagi perlawanan Lebanon menentang Malaysia nanti, Dalam senarai pemain yang dipanggil untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 itu, tiada nama Mohamad Ghaddar.
Skuad Lebanon akan bertandang ke Malaysia pada 3 Jun sebagai persiapan mereka bertemu Malaysia. Mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang UAE pada 7 Jun sebelum bertemu tuan rumah, Malaysia pada 13 Jun.
Menurut laman web falebanon.com, Jurulatih Lebanon, Miudrag Radulovic membuat keputusan menggugurkan Ghaddar selepas timbul masalah berkenaan jawatan ketua pasukan di antara penjaring terbanyak Liga Malaysia dengan staff kejurulatihan Lebanon.
Namun, dua pemain yang bermain di Liga Malaysia berada dalam senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan Lebanon. Pemain import baru Kelantan, Abu Bakr Al Mel dan Moataz Bellah Ah-Junaidi yang bermain untuk Felda United antara pemain yang menerima panggilan Radulovic.
Satu-satunya nama baru yang dipanggil oleh Radulovic adalah Omar Bugiel yang bermain bersama Forest Green Rovers FC di England. Selain itu, Miodrag turut memanggil pemain berdarah campuran Amerika dan Lebanon iaitu Soony Saad yang beraksi dengan kelab Major League Soccer, Sporting Kansas City untuk menguatkan jentera serangan skuad kebangsaan Lebanon. Pemain ini juga pernah beraksi dengan skuad kebangsaan USA U17 dan U20.
Ini merupakan perlawanan pertama buat Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas perlawanan bertemu Korea Utara ditanggguhkan disebabkan masalah di antara dua negara tersebut.
Ketiadaan Ghaddar pasti memerlukan jurulatih baru Malaysia, Nelson Vingada terus meneliti kelibat pemain-pemain lain dalam skuad Lebanon. Tugasan pertama Nelson Vingada ini pastinya akan dinantikan oleh seluruh penyokong dan peminat bolasepak Malaysia. Adakah ketiadaan Ghaddar akan memudahkan kita? Sama-sama kita nantikan.