RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 5 Mei 2017

ZAHASMI GESA PEMAIN LUPAKAN MENGENAI POTONG MATA


JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail mahu pemainnya melupakan tindakan pemotongan mata, sebaliknya tetap fokus pada aksi pusingan kedua Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok.

Menurutnya, pemain tidak perlu tertekan dengan tindakan pemotongan mata yang dilakukan terhadap pasukan Kelantan oleh  Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), sebaliknya berusaha mendapatkan mata yang hilangnya.

"Pasukan Kelantan perlu terus mengukuhkan semangat juang bagi mencari jalan untuk mendapat kembali mata yang hilang walaupun hakikatnya hukuman tersebut memberi tekanan kepada pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Namun Zahasmi berkata, hukuman tersebut tidak akan menjadi halangan kepada Kelantan untuk memperoleh mata di tempat lawan pada perlawanan esok.tersebut.

"Ia (hukuman pemotongan mata) perlu dijadikan motivasi kepada pasukan untuk memberikan saingan dalam baki perlawanan liga ini, walaupun kami menyedari untuk memperoleh mata bukan sesuatu perkara mudah," katanya.

Beliau berkata, pasukannya juga memerlukan sokongan daripada penyokong ketika Kelantan menghadapi tindakan daripada FMLLP itu.

"Kami berharap penyokong tidak berputus asa memberi sokongan pada perlawanan malam esok dan juga perlawanan akan datang," katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan ketujuh liga dengan 10 mata selepas pemotongan enam mata hasil daripada lima kemenangan, satu seri dan lima kekalahan.

Selasa lalu, FMLLP mengumumkan dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team adalah antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta-merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah  berkenaan dalam tempoh ditetapkan. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN