RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 7 Mei 2017

KOMEN PENUH ZAHASMI DAN PUJI SEMANGAT PEMAIN SELEPAS DIPOTONG MATA!

Sumber Gambar : TRWFC
Designer : KunR7

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail memuji semangat untuk mengejar kembali mata yang dipotong menjadi kekuatan barisan The Red Warriors (TRW) selepas berjaya meleburkan rekod kebal Pahang di Stadium Darul Makmur menerusi kemenangan 3-2 pada aksi Liga Super semalam.

Tanpa berselindung, pengendali berusia 53 tahun itu turut menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya selepas berjaya mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah di tempat lawan dengan menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam tadi. 

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki The Red Warriors (TRW) jika mahu memberikan saingan kepada pasukan lain di Liga Super.

Zahasmi juga memuji sumbangan Alessandro Celin yang menjaringkan gol pendahuluan kerana beraksi dengan baik walaupun baru pulih daripada kecederaan.

“Selain itu, saya cukup gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh Alessandro Cellin apabila membantu pasukan walaupun kali pertama beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Jaringan Cellin pada minit ke-17 menjadi tonik berharga buat Kelantan untuk mempamerkan aksi mantap pada perlawanan tersebut,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail bersyukur kerana anak didiknya tidak menjadikan pemotongan mata itu melemahkan moral The Red Warriors (TRW) untuk mempamerkan persembahan baik meskipun berhadapan dengan Tok Gajah yang disifatkan sebagai pasukan yang kuat.

“Walaupun sudah dipotong enam mata, tetapi mereka bermain dengan penuh bersemangat untuk mengejar kembali apa yang telah berlaku. Disiplin yang ditunjukkan juga dapat menghalang serangan bertubi-tubi daripada Pahang.

“Ini petanda yang baik untuk kita meneruskan perjuangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.

"Saya gembira kerana kami masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan, apatah lagi, kami sedar Pahang adalah pasukan yang kuat dan tidak pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini. 

"Tetapi berkat usaha keras dan semangat juang tinggi, tiga mata akhirnya menjadi milik kami," katanya. 



Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, pemainnya banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga membuka ruang kepada Kelantan, khususnya doa gol oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke 72 dan 78, yang membawa kemenangan kepada pasukan lawan.

Katanya, pemain Tok Gajah mula membuat kesilapan selepas berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69, apabila mereka terlalu bersemangat untuk mencari gol kemenangan.

“Bila beria-ia mencari gol, mereka agak leka di pertahanan, hanya dua atau tiga pemain sahaja sedangkan Kelantan bermain secara serangan balas. Sepatutnya apabila sudah seri, kena sama-sama bertahan tetapi hilang fokus,”katanya.

Dollah juga mengakui agak sukar untuk Tok Gajah melakar kemenangan sejak akhir-akhir ini kerana pihak lawan sudah mengetahui taktik dan corak permainan serta kekuatan Pahang.

“Kita sukar menjaringkan lebih daripada dua gol dan sering ketinggalan pada awal permainan. Ini yang saya nampak dan harus diperbetulkan khasnya pada bahagian serangan untuk perlawanan seterusnya,” katanya. - BERNAMA

Sumber & Rujukan : Berita Harian & Utusan