RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 4 Mei 2017

KAFA nafi dakwaan masih berhutang dengan Azrai Khor


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan yang dibuat Mohd Azrai Khor Abdullah bahawa mereka masih berhutang dengan bekas jurulatih berkenaan. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor menegaskan, persatuan itu tidak mempunyai sebarang hutang dengan bekas pengendali Kelantan musim 2015 itu, sebaliknya Azrai yang 'berhutang' dengan KAFA. 

"Sebenarnya beliau yang meninggalkan hutang dengan KAFA apabila meletak jawatan tanpa sebarang notis selepas kekalahan demi kekalahan dicipta The Red Warriors (TRW) ketika di bawah kendaliannya.

"Peminat juga boleh melihat sendiri rekod pencapaian Kelantan ketika di bawah kendalian beliau yang agak merudum dan mengalami kemerosotan," katanya ketika dihubungi BH bagi mengulas isu berkenaan, hari ini. 

"Selain itu, ia juga sebagai cara menutup episod kegagalan beliau selaku ketua jurulatih Kelantan, apabila bertindak memburukkan reputasi KAFA dengan menimbulkan isu 'tangan ghaib'. 

"Tindakan itu bertujuan mencemarkan nama baik KAFA yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah yang melanda pasukan," katanya. 

Ismail berkata, KAFA sebelum ini bersikap bertolak ansur dengan Azrai, selaras dengan hasil keputusan mesyuarat EXCO apabila memberi sagu hati kepada jurulatih berkenaan sebanyak RM20,000. 

"Saya harap beliau usah mengungkit apa yang sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak dengan cuba mengambil kesempatan terhadap isu yang melanda persatuan ketika ini," katanya.

Sumber : Berita Harian