RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 4 Mei 2017

Aksi pertama Sanna Nyassi dalam Charity Match 13 Mei 2017


KOTA BHARU: Pemain import baharu yang mahu didaftarkan pasukan The Red Warriors (TRW), Sanna Nyassi, bakal diturunkan pada perlawanan amal menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada 13 Mei ini. 

Perkara itu disahkan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menerusi entri terbaru Facebooknya, sebentar tadi. 

"Sanna Nyassi atau gelaran jolokan 'Rapid Nyassi' kerana kelajuannya akan beraksi pada 13 Mei ini menentang PKNS di Stadium Shah Alam. 

"Perlawanan berstatus 'Charity Match' itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam," katanya. 



Nyassi, 28, dibawa masuk oleh penaja utama pasukan, Al Hamra Group, bagi menggantikan Alessandro Celin yang mengalami kecederaan jangka panjang. 

Penyerang kelahiran Gambia itu pernah menyarung jersi kelab Liga Bola sepak Amerika Syarikat (MLS), San Jose Earthquakes dengan 28 penampilan.

Sumber  : BERITA HARIAN