RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 20 April 2017

"Kalah sampai 5-0 kepada pasukan kelab T-Team ada sesuatu yang tidak kena" - Naib Presiden KFA



Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mempertikaikan tindakan Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan pada pertengahan musim ketika kempen Liga Super sedang rancak berjalan.
Naib Presiden KFA Datuk Othman Aziz berkata, beliau sangat kecewa apabila Hijau Kuning yang berada pada momentum terbaik, tiba-tiba merudum disebabkan isu pelantikan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan.
“Saya sebenarnya hairan dengan tindakan Cheng Hoe. Mengapa perlu terima tawaran di tengah musim Liga Super. Sepatutnya beliau berbincang dengan pengurusan pasukan terlebih dulu sebelum membuat pengumuman peletakan jawatan.
“Mungkin tawaran gaji diterima daripada pasukan kebangsaan lebih tinggi daripada negeri. Tapi, sebagai jurulatih profesional serta anak jati Kedah, tidak elok beliau menjadikan perkara itu sebagai faktor untuk meletak jawatan.
“Jangan kerana kepentingan diri sendiri begitu mudah membuat keputusan meninggalkan pasukan kerana kesan itu sudah dapat dilihat sekarang,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 di Ibu pejabat MADA, Ampang Jajar, di sini semalam.
Beliau yang pernah menjadi pengurus pasukan Kedah ketika era kegemilangan ‘double treble’ skuad Lang Merah bagi musim 2007 dan 2008 berkata, pihak pengurusan perlu melihat keadaan itu secara menyeluruh bagi mengatasinya.
“Kita tidak mahu kerajaan negeri yang sanggup membelanjakan lebih RM20 juta untuk gaji pemain dan keperluan lain tidak mendapat pulangan sepatutnya jika prestasi dihasilkan tidak seberapa.
“Jika kalah dengan penuh melawan tidak mengapa, tapi sampai kena belasah 5-0 kepada pasukan kelab seperti T-Team ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.
Kedah yang kini berada di tangga ketiga Liga Super mencatat kekalahan pertama musim ini apabila tewas 5-0 kepada T-Team di Kuala Terengganu. Sebelum itu mereka seri 1-1 dengan PKNS.

Sumber : Metro