RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 5 Februari 2017

Walaupun Menang, Weigang tetap rasa malu aksi buruk Perak




KETUA Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang. - Foto Supian Ahmad

IPOH: Karl Heinz Weigang tetap tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun Perak mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Melaka United (MU) 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Malah jurulatih Jerman itu mengakui malu dengan corak permainan The Bos Gaurus yang disifatkannya sebagai yang terburuk sepanjang kerjayanya sebagai seorang pengendali profesional.

"Ini persembahan terburuk kami. Saya hairan dan tidak tahu apa yang berlaku kepada pemain pada perlawanan ini.

"Ada pemain kebangsaan dalam pasukan ini tetapi aksi mereka merudum. Kredibiliti saya sebagai jurulatih sedikit sebanyak terjejas dengan cara persembahan mereka.

"Mujur tiada penonton. Jika tidak, teruk kami dicaci dan dimaki," kata Weigang.



PENYOKONg menyaksikan perlawanan Liga Super Perak menentang Melaka United di Dataran Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi. - Foto ihsan pembaca
Perlawanan malam tadi menyaksikan tuan rumah beraksi di stadium kosong selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman itu berikutan kekecohan antara penyokong Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), tahun lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu tidak melunturkan semangat penyokong Perak untuk terus memberi sokongan apabila mereka tetap hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan itu menerusi skrin gergasi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.

Mengulas lanjut, jurulatih itu berkata, beliau tidak berpuas hati apabila pemainnya kerap melakukan hantaran tidak tepat serta corak hantaran tinggi.

"Saya tidak tahu kenapa suka hantar bola tinggi. Mungkin lepas ini pemain Perak kena pakai sayap agar dapat naik tinggi untuk sambut hantaran silang," katanya berseloroh.

Weigang juga kecewa dengan cara anak buahnya melepaskan gol mudah. Begitupun, kekecewaan terbesar pengendali berpengalaman itu ialah terhadap tiga pemain importnya Faton Toski, Vladislav Mirchev dan Yashir Armando Pinto.

Toski yang tenggelam dalam permainan hanya beraksi 45 minit dan digantikan Kenny Pallraj.

"Saya ada empat pemain import tetapi hanya seorang saja memberi sumbangan berkesan manakala tiga lagi menghampakan," katanya.

Begitupun Mirchev, Pinto dan Thiago Junio Aquino tetap berjaya menyumbang gol untuk Perak bagi memastikan tuan rumah meraih tiga mata penuh.

Sumber : BERITA HARIAN