RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 3 Februari 2017

"Pemain baru sahaja jumpa rentak permainan, namun tiba-tiba perlawanan ditunda" - Zahasmi


KELANTAN memilih Hanelang FC sebagai ganti selepas perlawanan berprofil tinggi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Kota Bharu, malam esok, ditunda ke satu tarikh lain, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD. 


Pengendali pasukan, Zahasmi Ismail berkata, aksi persahabatan menentang pasukan Liga Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, jam 4.45 petang ini.

“Kita terpaksa menukar perancangan dengan menjemput kelab dari Terengganu itu untuk mengadakan perlawanan di sini (Kota Bharu) selepas pertemuan menentang JDT ditunda.

“Perlawanan seperti ini amat penting kerana saya tidak mahu prestasi pemain menurun disebabkan perlu menunggu terlalu lama untuk menghadapi aksi seterusnya (berdepan Felda United FC, 11 Februari),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jurulatih itu mengakui dia kecewa dengan penangguhan perlawanan Liga Super itu kerana ia boleh memberi kesan terhadap momentum pasukannya setelah mencatatkan kemenangan pertama ke atas PKNS FC, minggu lalu.

Bagaimanapun, dalam masa sama, Zahasmi menerima dengan hati terbuka keputusan itu memandangkan skuad Harimau Selatan membawa nama negara untuk bertemu Gamba Osaka, pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara (ACL) di Jepun, 7 Februari ini.

“Pemain baru sahaja jumpa rentak permainan, namun tiba-tiba perlawanan kedua (buat Kelantan) di tempat sendiri ditunda sekali lagi.

"Saya terima keputusan ini sekalipun pemain sebenarnya cukup bersedia untuk berdepan JDT,” katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN