RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 1 Februari 2017

Miktharyan tekad mahu memenangi semua Piala.

PEMAIN tengah Manchester United, Henrikh Mkhitaryan (kiri) mengawal
PEMAIN tengah Manchester United, Henrikh Mkhitaryan (kiri) mengawal bola ketika diasak oleh pemain Wigan Athletic, Sam Morsy dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA di Stadium Old Trafford, Manchester kelmarin. United menang 4-0. REUTERS 

MANCHESTER 31 Jan. - Henrikh Mkhitaryan menegaskan bahawa Manchester United akan menghadapi semua empat perlawanan yang mereka sertai dengan serius walaupun bergelut dengan jadual padat.

Skuad bimbingan Jose Mou­rinho adalah satu-satunya kelab England yang masih terus beraksi dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris, Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga yang bakal me­nyaksikan Wembley sebagai ve­nue akhir menentang Southampton pada bulan depan.

Mkhitaryan berkata, walaupun berdepan jadual yang amat padat namun United mahu memastikan kesemua kempen mereka ber­akhir dengan kecemerlangan.

“Kami akan mengambil semua perlawanan dengan serius. Bagi Manchester United semua perlawanan amat penting.

“Trofi tetap trofi dan tidak kira sama ada Piala Liga, Piala FA atau Liga Europa, kami tetap mahu melakukan yang terbaik untuk memenangi kesemuanya,” kata Mkhitaryan.

United akan berdepan Hull City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford dan Mourinho sekali lagi mungkin melakukan perubahan ke atas kesebelasan utamanya.

United meraih kemenangan ke atas Wigan dalam pertandingan Piala FA selepas membuat sembilan pertukaran.

Sementara itu, Mkhitaryan percaya persaingan dalam me­rebut tempat dalam kalangan pemain adalah sesuatu yang sihat sekali gus mampu memberikan peluang kepada pemain muda untuk mempamerkan kualiti mereka. – AFP - See more at:

SUMBER : UTUSAN