
aksi pemain makan pie tersebut membawa kepada siasatan oleh Persatuan Bola Sepak dan Suruhanjaya Perjudian kerana melanggar peraturan perjudian semasa perlawanan Piala FA menentang Arsenal.
Pengurus kelab National League, Paul Doswell mendedahkan petang ini Shaw telah diminta menyerahkan peletakan jawatannya, dan pemain tersebut terpaksa bersetuju.
"Keputusan ini diambil ketika di peringkat lembaga pengarah," katanya kepada Sky News.
"Kami rasa, kami terpaksa mengambil tindakan yang sangat berat. Pengerusi bercakap kepadanya petang ini dan Wayne disuruh menyerahkan peletakan jawatannya."
"Saya kecewa, pengerusi hancur. Saya telah bercakap dengan Wayne dan dia menangis, menangis semasa cakap dalam telefon. Ia adalah satu keadaan yang sangat sedih." - Paul Doswell
Sumber : TELEGRAPH