RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 22 Februari 2017

Lelaki Ditahan Lepas Ragut Warga Indonesia, Dakwa Terdesak Untuk Cari Duit Belanja Kahwin



Melaka, 22 Feb - Seorang bakal pengantin sanggup melakukan jenayah ragut demi mengumpulkan wang untuk majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada Mac ini.

Menurut Sinar Online, lelaki terbabit meragut beg tangan seorang wanita warga Indonesia di Jalan Pantai Peringit, Melaka Tengah.

Bagaimanapun, hajat lelaki berkenaan untuk menggunakan wang tersebut tidak tercapai apabila dia ditangkap oleh orang awam selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang olehnya dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi.

Lelaki berkenaan terjatuh dari motosikalnya selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu seorang lelaki yang terlihat kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit mendakwa melakukan jenayah itu kerana terdesak untuk mencari duit perbelanjaan majlis pernikahannya.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan didapati mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah rusuh.

Sumber: Sinar TV