RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 3 Februari 2017

Hariss Harun sah dipinjamkan ke kelab Sepanyol


Johor Bahru: Penantian pemain import Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Hariss Harun (gambar) untuk meluaskan karier bola sepaknya di Eropah akhirnya menjadi kenyataan apabila bakal berlepas ke Sepanyol, Ahad ini.
Menerusi kenyataan terbaru laman rasmi JOHOR Southern Tigers, pemilik Johor DT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemain kelahiran Singapura itu akan dipinjamkan ke kelab Liga Divisyen Dua atau lebih dikenali Liga Segunda Sepanyol Ce L’Hospitalet untuk tempoh setahun.
“Saya ingin mengucapkan selamat jalan dan maju jaya buat Hariss yang akan dipinjamkan ke kelab Divisyen Dua Sepanyol, Ce L’Hospitalet.
“Ia memberi peluang kepadanya untuk menimba pengalaman dan mempertingkatkan mutu permainan dan pastinya perancangan jangka panjang sekali gus beri impak positif kepada kelab pada masa akan datang,” kata Tunku Ismail.
Tempat Hariss untuk kuota pemain import Asia sudah diisi Brian Fereirra yang membuat penampilan ketika beraksi dalam kancah Liga Super menentang Kedah dan FELDA United.
Selain Fereirra, skuad Harimau Selatan turut diperkuatkan tiga lagi pemain import iaitu Jeronimo Barrelas, Gonzalo Cabrera dan Marcos Antonio.

SUMBER : METRO