RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 1 Februari 2017

Bernasib baik kerana masih hidup


RYAN Mason (kanan) bertembung dengan pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill. - Foto Daily Mail

LONDON: Perancang tengah Hull City, Ryan Mason, berasa bernasib baik kerana masih hidup selepas tempurung kepalanya retak dalam pertembungan ngeri dengan pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill.

Mason dikejarkan ke hospital susulan insiden babak pertama ketika Hull kecundang 2-0 di Stamford Bridge pada 22 Januari lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami detik paling menakutkan sebelum menjalani pembedahan dan dirawat lapan hari di hospital sebelum diberi pelepasan, kelmarin.

"Perasaan yang sukar digambarkan dan saya bernasib baik. Saya kini berehat di rumah dan menjalani sesi pemulihan," kata bekas pemain Tottenhan Hotspur itu.

"Tunang dan keluarga saya membacakan banyak mesej sokongan sejak seminggu lalu.

"Menerima tanda sokongan daripada pemain, kelab (terutamanya sokongan Hull dan Tottenham Hotspur) dan juga penyokong adalah sesuatu yang menggembirakan.

"Setiap mesej sokongan itu memberi saya kekuatan dan begitu bermakna.

"Kasih sayang yang ditunjukkan ibu, bapa, tunang (Rachel) dan rakan ketika saya melalui detik traumatik itu amat menakjubkan dan saya ingin berterima kasih kepada semua.

"Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada semua kakitangan perubatan di Hull, termasuk pasukan perubatan di Chelsea dan sudah pasti tidak lupa kepada semua kakitangan Hospital St Mary." - AFP

SUMBER : BERITA HARIAN