KOTA BHARU 6 Feb. - Bapa pemodenan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa secara rasmi menyerahkan borang pencalonannya untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Annuar menerusi entri facebook miliknya.
"Alhamdulillah, serah borang pencalonan untuk jawatan Presiden FAM dan menjadi calon pertama yang menerima pencalonan," katanya.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum ini sebulat suara memutuskan untuk mencalonkan Annuar untuk jawatan tersebut. - UTUSAN ONLINE
SUMBER : UTUSAN