RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 7 Januari 2017

Khairul Fahmi bersyukur dan berterima kasih kepada TSAM



KOTA BHARU: Keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA) kekal dalam saingan Liga Malaysia 2017 (Liga M) mencetuskan impak positif kepada pemain The Red Warriors ( TRW) musim ini. 

Penjaga gol TRW, Khairul Fahmi Che Mat, bersyukur dan berterima kasih kepada bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang membantu Kelantan kekal beraksi. 

"Berita gembira ini memberi suntikan semangat baharu buat rakan sepasukan untuk lebih fokus kepada perlawanan pertama menentang Melaka United (MU) kelak. 

"Saya yakin KAFA mampu menjaga kebajikan pemain, malah persetujuan Annuar menerusi syarikat Al Hamra dan RedONE menjadi penaja utama TRW mengukuhkan kewangan pasukan. 

"TRW mempunyai kelebihan sebagai pasukan bukan pilihan tanpa tekanan untuk bersaing dengan pasukan lain," katanya kepada BH Online. 

Sementara itu, aksi persahabatan kedua pramusim menentang Gua Musang FA berkesudahan Kelantan menang 3-2 di padang MARDI di sini, hari ini. 

Ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, berkata fokus perlawanan lebih kepada usaha memantapkan keserasian pemain pemain senior dan empat muka baharu dari skuad Piala Presiden.

 Selepas mengekalkan khidmat Morgaro Lima Gomis dari Senegal, misi Zahasmi kini adalah untuk mendapatkan tiga lagi pemain import. 

Pengendali Kelantan itu tidak mahu terburu-buru menyenaraikan tenaga import kerana masih dalam proses menguji pemain yang berminat menyarung jersi skuad itu. 

Kelantan akan mengadakan ujian pramusim menentang Liga Perdana MIFA FC, UITM FC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan semua perlawanan di Kuala Lumpur.