PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu kerajaan Kelantan membuat keputusan segera berhubung hasrat mereka untuk mengambil alih pengurusan The Red Warriors (TRW), selewat-lewatnya 5 Januari ini.
Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, intipati resolusi pertemuan kedua-dua pihak kelmarin membayangkan bahawa kerajaan negeri sanggup mengambil alih pengurusan pasukan melalui syarikat-syarikat atau pihak tertentu atas restu pihaknya.
“Cuma kalau inilah hasratnya, maka Kafa terpaksa memberi garis panduan dan tarikh tamat tempoh untuk membolehkan Kafa menyelesaikan elemen teknikal dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Malah kaedah penswastaan ini juga harus diingat tidak terlepas dengan peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan FAM dan perjanjian antara Kafa dengan pihak terbabit mesti dimeterai, yang jelas menjurus kepada memastikan kejayaan pasukan dan pembangunan bola sepak Kelantan,”katanya kepada media di Wisma Kafa, di sini.