Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara tersebut akan diperincikan selepas pihaknya mengadakan pertemuan lanjut dengan Kafa dalam tempoh terdekat.

 Menurutnya, Kerajaan Pas Kelantan sememangnya mahu membantu badan induk itu bagi memastikan TRW terus beraksi.

 "Kerajaan Pas Kelantan sememangnya berharap Kelantan terus kekal beraksi dalam saingan Liga M musim ini," katanya.

 Beliau berkata demikian selepas wakil Kafa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

 Dalam pertemuan lebih sejam tu, Kafa di wakili Pemangku Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung Datuk Ismail Md. Nor.- UTUSAN ONLINE.