RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 18 Januari 2017

Kecik terkilan tak dapat bantu aksi sulung Pahang


KUANTAN: Perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan pemain baharu Pahang, Wan Zaharulnizam Zakaria atau lebih dikenali sebagai Kecik, kerana tidak dapat bersama skuad itu apabila bertemu Perak di Stadium Perak, Sabtu ini. 

Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu masih menjalani penggantungan berikutan di layang kad merah pada pertemuan Kelantan dengan Perak pada aksi Liga Super, 22 Oktober tahun lalu. 

Dia mengakui kecewa dengan penggantungan itu kerana ia perlawanan pertama bersama pasukan baharu, Pahang dan musim pertama bersama skuad Tok Gajah selepas menyarung jersi Kelantan selama tiga musim sejak 2013. 

"Saya terkilan dengan kegagalan untuk beraksi bersama Pahang untuk aksi pembuka tirai Liga Super. "Bagaimanapun, saya percaya rakan sepasukan dapat bermain dengan baik untuk mencari kemenangan," katanya ketika ditemui, hari ini. 

Wan Zaharulnizam adalah antara 14 pemain baharu yang menyertai bekas juara Piala Malaysia musim 2013 dan 2014 itu. 

Pemain baharu lain termasuk Joseph Kalang Tie, Ashari Samsuddin, Muslim Ahmad, Christie Jayaseelan, Zubir Azmi, Afif Amirudin, Nurridzuan Abu Hassan dan Ahmad Syamim Yahya. 

Bekas pemain Harimau Muda A itu berkata, musim pertama bersama Pahang diharap memberi kejayaan buat pasukan itu merangkul piala berprestij. 

Katanya, kehadiran pemain berpengalaman dan bekas pemain kebangsaan serta sokongan padu daripada pengurusan dan peminat Tok Gajah akan membantu skuad kendalian Dollah Salleh itu mencapai kejayaan membanggakan. 

"Saya berazam untuk mempamerkan prestasi terbaik buat Pahang, terutama mengulangi pencapaian Pahang yang pernah menjulang piala berprestij seperti Piala Malaysia," kata pemain 26 tahun itu.

Sumber : Berita Harian