Imej yang dimuat naik ke laman facebook pasukan JDT. - facebook/johorsoutherntigers.com.my
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat keputusan mengejut dengan mengucapkan 'selamat tinggal' kepada jurulatih pasukan mereka, Mario Gomez.
Presiden JDT, Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman facebook mereka, johorsoutherntigers.com.my, mengucapkan terima kasih kepada Mario di atas segala usaha yang telah ditaburkan dalam memajukan bola sepak di negeri itu.
Kenyataan itu, bagaimanapun, tidak menyebut punca 'perpisahan' mengejut itu, dua hari sebelum Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2017 bermula. - UTUSAN ONLINE
sumber : UTUSAN