RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 8 Januari 2017

KAFA MAHU BERJIMAT MUSIM 2017 - Datuk Rosmadi Naib Presiden KAFA


Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Rosmadi Ismail, memberi jaminan persatuan itu akan mengambil pendekatan berjimat dalam mengharungi saingan musim 2017.

Kelantan berjaya mendapat peruntukan kewangan mencukupi bagi mengharungi saingan musim 2017 selepas berjaya mendapat penajaan daripada bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Namun, Rosmadi mengakui KAFA perlu mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah musim ini bagi memastikan mereka tidak lagi berdepan masalah kewangan kritikal yang boleh menjejaskan pasukan.

“Selepas mendapat persetujuan pihak Tan Sri Annuar Musa mengenai penajaan yang diperoleh daripada konsortium yang dimiliki beliau, kami telah mengikut pengiraan daripada pihak KAFA, saya yakin mampu mengurus pasukan dengan lebih selesa,” jelas Rosmadi.
 
Penyertaan Kelantan dalam saingan liga sebelum ini menimbulkan tanda tanya dengan pengakuan terbuka pemangku presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, terhadap masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu.

Rosmadi  mengesahkan KAFA akan menentukan senarai lengkap awang import menghadapi saingan musim ini dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rosmadi menyuarakan penghargaan kepada Annuar yang memastikan Kelantan kekal beraksi dalam saingan liga musim ini.

“Saya sangat lega kerana kami masih lagi bersaing dalam Liga Malaysia kerana bola sepak merupakan sukan nombor satu negeri Kelantan. Kami berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa yang memastikan Kelantan terus bersaing pada tahun 2017.”