RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 15 Januari 2017

Annuar nak jumpa FAM


KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar, akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), berhubung isu hutang RM2 juta. 

Beliau berkata, sebarang kemelut berkenaan perlu diselesaikan di meja rundingan dan bukannya di dada akhbar kerana akan menimbulkan salah faham jika maklumat disampaikan disalah tafsir. 

"Sebelum ini saya bertanya kepada KAFA melalui cara apakah KAFA dapat mengumpul dana untuk meneruskan saingan. 

"KAFA memaklumkan belum mendapat apa-apa bayaran mengenai hadiah kemenangan Liga Super (Kelantan di tempat keempat) pada 2016. 

"Justeru, saya harap akan ada perbincangan supaya kemelut ini diselesaikan segera bagi mengelak prestasi The Red Warrior (TRW) terjejas untuk menghadapi Liga Malaysia," katanya ketika ditemui di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.

 Annuar berkata, ketika menjadi Presiden KAFA, difahamkan hadiah untuk setiap posisi turut disediakan kepada setiap pasukan kerana jumlah dilaburkan mencecah jutaan ringgit. FAM menafikan dakwaan Annuar kononnya badan induk bola sepak negara itu berhutang RM2 juta dengan KAFA. 

Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin mendedahkan KAFA berhutang dengan FAM dan FMLLP kira-kira RM430,000. 

Jumlah hutang KAFA itu merangkumi gaji tertunggak pemain import Kelantan yang diselesaikan FAM tahun lalu selepas permohonan dibuat oleh KAFA. 

Ia juga merangkumi denda kes tatatertib dan hutang levi tiket yang belum dijelaskan persatuan negeri itu kepada FMLLP.

SUMBER : B.HARIAN