Superbest Power pernah menyatakan hasrat ingin menaja TRW awal tahun 2016 jika Qu Puteh tarik diri menaja TRW, Superbest Power atau dikenali SBP kini kembali berminat menaja TRW selepas QuPuteh lari menaja TRW.
Facebook rasmi Superbest Power (SBP) meletak gambar pasukan Kelantan FA dan dijadikan sebagai Picture Timeline Facebook. Adakah ini petanda Superbest Power akan bekerjasama dengan Pasukan The Red Warriors.
Dikhabarkan, nilai tajaan tersebut bakal menyaingi penaja yang lari medan peperangan iaitu Qu Puteh. Superbest Power (SBP) jugak menyatakan hasrat, dia juga ingin mencadangkan gelaran Pasukan ditukar kepada SBP The Red Warriors. Reaksi Penyokong Kelantan di media sosial positif apabila dicadangkan gelaran pasukan ditukar kepada SBP The Red Warriors.
Superbest Power jugak mengatakan "2017 ada sinar untuk The Red Warriors" tetapi Superbest Power jugak mengharapkan seluruh Penyokong Kelantan bersama2 menyokong produk Superbest Power. Satu perbincangan dengan The Red Warriors akan diadakan esok. Seluruh Penyokong Kelantan mengharapkan Superbest Power menyelamatkan pasukan mereka.
p/s : Harap2 semua berjalan lancar. akan bersambung Part 2 berkenaan Perbincangan SBP dengan TRW. Pakat2 Share supaya Superbest Power Malaysia taja TRW. Kopi pun murah, boleh pakat2 minum belako. hehe


