Skuad bola sepak Kelantan mendapat talian hayat dan harapan baru apabila syarikat pengeluar bahan minuman, SuperBest Power Health Food and Beverages, bersedia menjadi penaja. Rundingan pertama SuperBest Power dengan wakil TRW dapat keputusan Positif tetapi Rundingan tersebut akan diteruskan lagi untuk step kedua akan datang.
Ketua pegawai eksekutifnya, Kamal Mohd Nor, berkata syarikat itu bersedia menjadi penaja utama skuad The Red Warriors (TRW) dan proses memuktamadkannya sedang dibincangkan.
"SuperBest sebagai satu syarikat usahawan menawarkan jalan keluar kepada pasukan Kelantan dengan situasi menang-menang. Tetapi kita tidak meletakkan apa-apa syarat yang dan jumlah penajaan akan dibincangan lanjut dalam masa terdekat," katanya
Kamal berkata, pihaknya komited untuk menyalurkan peruntukan dana yang mencukupi bagi perbelanjaan Kafa. "Kita sudah lama berhasrat untuk menaja Kelantan, insya-Allah hajat ini akan direalisasikan. "Saya akan lihat kesanggupan Kafa.
"Sebagai sebuah syarikat yang sudah 10 tahun beroperasi, kami sudah memasarkan produk di seluruh negara dan di beberapa negara luar, kami yakin dapat memberi komitmen sewajarnya.
"Dengan sokongan akar umbi seperti mana sokong terhadap produk SuperBest Power sendiri, saya berharap seluruh rakyat Kelantan akan memberi sokongan atas usaha kita demi kelangsungan bola sepak Kelantan," katanya.
Syarikat Telekomunikasi Red One merupakan penaja TRW pada tahun 2015 dan 2016 juga berminat untuk menjadi penaja UTAMA TRW dengan nilai berjuta-juta dan perbincangan tersebut dalam fasa akhir kemudian keputusan akan diumunkan dalam masa terdekat sebelum 29hb.



