RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 27 Disember 2016

lebih RM500,000 untuk gaji sebulan sahaja - Annuar


Kota Bharu: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membayangkan Kelantan akan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Beliau berkata, melihat kepada laporan media dan pemimpin KAFA, The Red Warriors mungkin tidak akan meneruskan saingan musim depan kerana ketiadaan dana untuk menguruskan pembayaran gaji pemain.
“Pemain yang sudah mempunyai kontrak sekarang ini memerlukan perbelanjaan bulanan untuk pembayaran gaji saja lebih RM500,000.
“Jadi apabila pengurusan KAFA memerlukan dana sebanyak RM15 juta semusim untuk menampung perbelanjaan pasukan TRW ia adalah logik kerana perbelanjaan mengurus untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini terlalu besar,” katanya ketika pertemuan dan sesi berdialog bersama Kelab Penyokong TRW.
Beliau berkata, jika betul KAFA terbubar, maka pemain yang sudah mempunyai kontrak dengan persatuan itu perlu mencari pasukan lain untuk meneruskan karier mereka sebagai pemain.
Menurutnya, pemain masih lagi boleh mencari pasukan baharu walaupun pintu perpindahan sudah ditutup kerana itu bukan salah mereka tetapi persatuan.
“Dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada peraturan yang membenarkan pasukan lain mendaftarkan pemain walaupun pintu perpindahan sudah ditutup kerana pasukan lamanya tidak lagi mampu beraksi dalam saingan liga.