RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 28 Disember 2016

FAS tak layan desakan penyokong letak jawatan



KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dilihat enggan melayan desakan supaya ahli jawatankuasa eksekutifnya (EXCO) meletak jawatan sambil menegaskan mereka semua dipilih secara sah pada Mesyuarat Agung Tahunan. 

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, mereka sudah dipertanggungjawabkan terhadap pengurusan pasukan bola sepak Selangor hingga 2018. 

"Kami yakin dapat menjalankan tugas memantapkan pasukan sepanjang tempoh terbabit di samping mengulangi janji untuk memastikan Selangor menyertai Liga Super pada musim 2017. 

"Pengurusan pasukan bagi menghadapi musim 2017 juga sudah pun diputuskan manakala latihan pasukan sudah memasuki minggu kedua. 

"FAS yakin dengan gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda akan memastikan Selangor kekal kompetitif dan memberi cabaran kepada pasukan dengan bajet lebih besar," katanya, di sini, hari ini. 

Dalam masa sama, Rosman turut menyifatkan desakan daripada sekelompok penyokong terbabit tidak mewakili keseluruhan kelab penyokong dan peminat pasukan The Red Giants. 

"Tindakan kumpulan ini yang saban hari menimbulkan pelbagai isu negatif di 
media arus perdana dan media sosial jelas mempunyai agenda berniat jahat terhadap FAS. 

"Malah tindakan itu juga berkemungkinan besar didorong oleh pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan politik individu terbabit," katanya.

- BERITA HARIAN