RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 29 Disember 2016

BBBSK halang KAFA tarik diri dan bantu cari dana


Kota Bharu: “Kami tidak pernah berniat untuk menggantikan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan,” kata Pengerusi Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) Yassin Mohd Noor (gambar).
Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan sesetengah kelab penyokong yang mendakwa pihaknya mahu menggantikan KAFA.
Katanya, tuduhan dilemparkan itu tidak berasas dan BBBSK ditubuhkan untuk membantu persatuan bola sepak itu.
“Sudah tentu kami sedih dengan tindakan sesetengah kelab penyokong bola sepak negeri itu yang menuduh BBBSK mahu mengambil alih KAFA. Kami hanya mahu bantu dengan bertindak sebagai badan bebas.
“Tidak pernah terdetik di hati kami untuk menggantikan KAFA, kerana niat sebenarnya adalah mengumpulkan dana bagi membantu persatuan itu yang menghadapi masalah kewangan.
“Kami juga tidak sanggup melihat perjalanan pasukan kesayangan, TRW (The Red Warriors) terhenti di tengah jalan, jadi ini (tubuh BBBSK) adalah jalan difikirkan sesuai,” katanya.
BBBSK yang membabitkan gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK), Kelab Bekas Pemain Kelantan dan Kebangsaan 1980 (Era 80), Lagenda Bola Sepak Kelantan tahun 1960 dan 1970 (Lagenda Kelantan) ditubuhkan kira-kira dua minggu lalu untuk menyelamatkan sukan paling popular negeri ini.
Presiden PBSMK Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menjadi penyelaras BBBSK dalam usaha menjadi badan gabungan yang dianggotai semua pihak.
Beliau berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan KAFA yang tidak mahu meneruskan saingan dalam Liga-M musim depan.
“Kami akan halang KAFA daripada menarik diri. Kami akan cuba bantu setakat termampu kerana sayangkan bola sepak Kelantan. Jadi, tidak guna jika ada perselisihan faham sekarang ini kerana apa yang penting adalah sama-sama membantu KAFA mencari dana.
“Kami juga akan cuba mencari beberapa prospek penaja yang berminat untuk menaja pasukan bagi saingan musim depan,” katanya.