KOTA BHARU - Tarikh 6 Januari depan bakal menentukan sama ada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sah menarik diri atau pun sekali lagi ‘berteka-teki’ berhubung masa depan The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017.
Walaupun kongres luar biasa (EGM) Kafa, hari ini, memutuskan Kelantan menarik diri namun barisan exco persatuan itu masih menerima mandat ahli gabungan mereka untuk menyelamatkan pasukan itu daripada terkubur dalam tempoh berbaki lapan hari itu.
Pemangku Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, masalah kewangan dan ketidakmampuan persatuannya mencari dana menjadi punca skuad pantai timur itu memutuskan menarik diri daripada kancah liga domestik itu.
“Kongres pada dasarnya bersetuju dengan keputusan tarik diri namun begitu mereka meminta dan mendesak kami terus berusaha (mencari dana) sehingga 6 Januari, memandangkan ia tarikh akhir pendaftaran pertama pemain untuk musim depan.
“Sekiranya selepas tarikh itu, masalah tersebut dapat diselesaikan, Kelantan akan sertai tetapi kalau semua usaha menemui jalan buntu juga, kami tidak akan sertai liga,” katanya pada sidang media selepas EGM persatuan itu di Kota Bharu, hari ini.
EGM badan induk bola sepak negeri itu membuat keputusan secara kolektif apabila menetapkan pendirian menarik diri daripada menyertai Liga-M musim depan selepas Jawatankuasa Eksekutif Kafa bermesyuarat buat pertama kali, 15 Disember lalu.
Afandi menyedari keputusan menarik diri itu bakal mencetuskan kemarahan penyokong setia Kelantan, namun beliau bertegas Kafa tidak ‘bermain wayang’ untuk meraih simpati apatah lagi persatuannya sememangnya dihimpit masalah kewangan.
“Tidak (bukan drama), mereka (ahli gabungan) yang buat keputusan. Kita hanya bentangkan keputusan exco, jadi apabila kongres minta exco terus berusaha, maknanya sekarang ini, exco sekali lagi kena ambil tanggungjawab itu,” katanya.
Menurutnya lagi, Kafa memerlukan suntikan awal sebanyak RM3 juta sebelum sepak mula yang dijadualkan berlangsung 20 Januari depan jika tidak mahu nama pasukan itu terkeluar secara rasmi daripada pertandingan itu.
“Kami beritahu dalam kongres, bajet Kafa secara tahunannya berjumlah RM15 juta namun sebelum liga bermula, kita perlukan RM3 juta, sebab itu ahli gabungan minta exco berusaha sedaya-upaya mencari dana itu mengikut keperluan semasa,” katanya.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi merayu kepada mana-mana penaja yang mahu membantu Kafa tampil dengan segera mengadakan perbincangan dengan pihaknya.
“Kita harap dalam tempoh singkat ini, penaja datang membuat rundingan rasmi dengan Kafa. Saya boleh katakan, setakat ini tidak rasmi lagi, semua (syarikat) yang ada (umumkan mahu taja Kelantan) itu hanya cadangan sahaja,” katanya.