RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 31 Disember 2016

AZMIN TIDAK SERASI DENGAN EXCO FAS DAN SEGERA BERUNDUR


Kemelut kem Selangor tampak tiada penghujungnya apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, membuat keputusan untuk tidak lagi bersama organisasi itu. 

Dalam kenyataan media hari ini, Azmin menegaskan beliau dan bekas pengurus Selangor, Amirudin Shaari, tidak lagi bersama sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri Selangor.

Azmin mendakwa setelah hampir dua tahun bersama FAS, beliau tidak melihat kesediaan exco FAS untuk mendukung perubahan. 

Barisan exco FAS sedia ada kekal dengan sikap dan budaya lama -- berpolitik, corak lama urus tadbir dan mentaliti terlalu bergantung kepada subsidi. 

Malah, sehingga kini, barisan exco FAS didakwa gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak negeri Selangor, termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang 2018. 

Justeru, kerajaan negeri akan memberi sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bola sepak negeri Selangor memalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak. 

Azmin memberi jaminan kepada penyokong bahawa kegemilangan sukan bola sepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti.