RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 19 Mei 2016

SYABAS PEMAIN KELANTAN - POPOV

Syabas pemain Kelantan - Popov
Tambah kapsyen

Ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov, memuji persembahan pemain-pemainnya yang mampu memberi saingan dan mencipta peluang ketika seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.
“Kredit kepada semua pemain saya yang berjuang bersungguh-sungguh malam ini (malam tadi) biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Selepas menerima kad merah, kami terpaksa menukar taktikal untuk menahan asakan Selangor," katanya.

Popov,40, bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives, juga menghargai sokongan hebat penyokong dan mahukan ia berterusan.

"Terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu. Terasa seperti bermain di tempat sendiri (Stadium Sultan Muhammad IV) dan kami amat menghargainya," katanya. 



Popov juga berharap pemain dapat beraksi lebih cemerlang di gelanggang keramat mereka sambil berharap tiga mata penuh dapat dikutip menentang Selangor sekali lagi, Sabtu ini.

"Tentunya kami akan beraksi lebih baik di gelanggang sendiri untuk memburu tiga mata penuh," tambahnya.

Dalam saingan semalam, The Red Warriors (TRW) terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh lebih sejam apabila Wan Zack Haikal Wan Noor menerima kad merah akibat menyiku muka R. Gopinathan.