RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 18 Mei 2016

Popov harap permulaan baik. mampukah beliau melakukanya?

image (5)
VELIZAR Popov mengharapkan permulaan sempurna buat Kelantan apabila pasukan kendaliannya itu berdepan Selangor dalam pertembungan menarik aksi terakhir pusingan pertama saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.
Ketua Jurulatih baharu Kelantan itu mengakui, pertemuan menentang gergasi Lembah Klang itu adalah satu ujian besar bagi dirinya, namun sudah bersedia untuk mencipta kebangkitan selepas menyertai skuad pantai timur itu, lima hari lalu.
“Selangor antara salah satu pasukan terbaik dalam liga dan sudah semestinya Kelantan menghormati pasukan itu, namun saya ingin tegaskan kami tidak gentar bertemu mereka. Jikalau kami takut, lebih baik Kelantan tidak pergi ke sana (Shah Alam).
“Kami akan cuba lakukan yang terbaik, pemain bukan sahaja perlu mempamerkan persembahan lebih baik berbanding aksi sebelum ini, malah lebih penting adalah memenangi perlawanan malam esok (ini),” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Walaupun mengakui tidak banyak perubahan yang mampu dilakukannya setelah hanya mengendalikan pasukan itu dalam masa singkat, namun Popov gembira kerana barisan pemainnya menerima secara positif corak latihannya sepanjang latihan tiga hari itu.
“Tiga hari tidak cukup (persiapkan pasukan) tetapi apa yang penting, pemain faham perkara asas dalam sistem latihan ini. Masalah pasukan ini adalah (pemain) kurang daya ketahanan mental dan perkara itulah saya perbaiki dalam tempoh ini,” katanya.
Justeru, jurulatih kelahiran Bulgaria itu mahu pasukannya mempamerkan semangat juang tinggi memandangkan misi memburu tiga mata penuh di tempat lawan itu tidak cukup dengan berbekalkan keyakinan tanpa kerja keras anak buahnya di atas padang.
“Siapa yang bermain itu tidak penting kerana keutamaan sekarang adalah pasukan ini. Semua pemain kena berikan sumbangan maksimum kerana kadangkala pemain yang masuk hanya 10 minit lebih bagus daripada mereka yang beraksi 90 minit,” katanya.
Mengulas mengenai pasukan pertama yang akan ditentangnya selepas mengambil alih tugas daripada K Devan, pengendali berusia 40 tahun itu mengakui, skuad Zainal Abidin Hassan itu serba lengkap terutama di posisi tengah dan serangan.
“Mereka ada Patrick (Ronaldinho Wleh), Mauro (Olivi), nombor tujuh (Andik Vermansyah), nombor 10 (Muhamad Nazmi Faiz Mansor) dan seorang lagi pemain sayap (S Veenod) dan pasukan itu cukup bagus ketika menyerang.
“Kami perlu memberi tekanan kerana jika pemain itu dibiarkan bergerak terlalu bebas, kami akan menerima padah. Mereka pastinya dapat menjaringkan gol dengan mudah memandangkan jentera penggempur pasukan itu begitu tajam di depan pintu gol,” katanya.