
Media England melaporkan pengendali Manchester United, Louis van Gaal, telah pun dipecat dan akan digantikan oleh Jose Mourinho.
Van Gaal hadir ke pusat latihan United di Carrington untuk membincangkan mengenai masa depannya.
Sky Sports melaporkan United akan membuat pengumuman sejam dari sekarang.
Van Gaal berjaya membawa United merangkul kejuaraan Piala FA pada Sabtu, namun kemenangan itu jelas gagal menambat hati pengerusi United, Ed Woodward.
Pengendali dari Belanda itu gagal membawa United ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan serta gagal menghadirkan cabaran dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Nama Mourinho sering dicanang sebagai pengganti Van Gaal sebelum in, namun bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid itu enggan memberikan sebarang komen kerana menghormati Van Gaal yang pernah menjadi mentornya di Barcelona sebelum ini.
