RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 16 Januari 2016

Dr Vida ''mencabar' JDT menentang Kelantan.


KUALA LUMPUR: Mahukah pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyahut 'cabaran' Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida? 

Persoalan itu menjadi tanda tanya ramai selepas Dr Vida tampil 'mencabar' pasukan juara Liga Super dan Piala AFC milik Tunku Ismail menentang Kelantan dalam aksi pemanas badan sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya, bulan depan.

 Dr Vida yang juga penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) berkata, aksi persahabatan berkenaan pastinya bakal mendapat sambutan hangat memandangkan kedua-dua pasukan memiliki kumpulan penyokong yang ramai dan fanatik dalam liga bola sepak tempatan. 

"Ini sememangnya menjadi hasrat saya untuk melihat pasukan ini beradu tenaga bersama JDT yang sememangnya sudah sedia maklum satu pasukan yang hebat dengan status selaku juara Liga Super musim lalu.

 "Mereka pasukan yang hendak kami tewaskan pada saingan liga nanti, jadi kami melihat ada baiknya untuk mereka bertemu dalam aksi persahabatan terlebih dahulu dan menguji sejauh mana kekuatan Kelantan untuk musim ini. 

"Jadi, saya mengharapkan barisan pemain Kelantan dapat beraksi dengan baik kerana keputusan perlawanan tidak penting, saya hanya mahukan corak permainan yang lebih baik dan bertenaga sahaja," katanya. 

Ditanya sebab beliau memilih pasukan Harimau Selatan itu sebagai lawan bagi aksi persahabatan itu, Dr Vida berkata, ini kerana aksi berkenaan boleh disifatkan sebagai 'buku bertemu ruas'. 

"Pada pandangan saya, Kelantan juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pasukan Harimau Selatan itu, jadi tidak keterlaluan jika saya katakan aksi membabitkan kedua dua pasukan ini seimbang," katanya. 

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau bersedia bertemu Tunku Ismail, bagi merealisasikan hasrat perlawanan persahabatan itu.

 "Saya jangka respon yang positif daripada baginda kerana baginda sentiasa menyokong langkah untuk memperkembangkan sukan bola sepak di negara ini," katanya