RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 16 Januari 2016

"BUKAN SAYA YANG NAK TAJA, TETAPI FAS YANG CARI SAYA"

bukan-saya-yang-nak-taja-tetapi-fas-yang-cari-saya
Pemilik D'Herbs Terlajak Laris Datuk Aliff Syukri akui kecewa kerana dihentam penyokong Red Giants dilaman sosial.
Semalam, pemain ke-12 Red Giants menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap jutawan kosmetik itu kerana mahu mengubah warna stadium dan jersi kepada warna hijau yang merupakan warna korporat D'Herbs.

"Niat saya mahu menyumbang menaikkan mutu sukan bola sepak negara tetapi saya agak sedih dan kecewa penyokong menghentam saya dilaman sosial, saya berharap penyokong memahami saya," kata Datuk Syukri yang dipetik dari akhbar Harian Metro.

Datuk Syukri kecewa kerana niatnya yang hendak membantu dibidas penyokong.

Sementara itu, pengasas D'Herbs itu menjelaskan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menghubungi dirinya bagi mendapatkan tajaan dan bukan sebaliknya sekaligus dia mengenakan 20 syarat tersebut.