RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 28 Disember 2015

SENARAI NEGARA-NEGARA YANG TIDAK MEMILIKI TENTERA

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera

Tentera merupakan benteng utama buat sesebuah negara dari mengelakkan negara dari diceroboh oleh musuh. Kekuatan ketenteraan amat penting dalam menjamin keamanan dan kedaulatan sentiasa terpelihara.
Memetik dari drysheet.blogspot.com, terdapat juga negara-negara yang langsung tidak mempunyai seorang pun tentera. Mesti ada keistimewaan yang tersendiri sampai tak perlu ada kuasa tentera dalam negara tersebut.Jom kita tengok negara manakah yang "istimewa" tu :

Palau

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera1
Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Nauru Republic

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera2
Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.

Vatican

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera3
Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Grenada

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera4
Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Andorra

Senarai Negara-Negara Yang Tidak Memiliki Tentera5
Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato.
Patutlah, rupa-rupanya "dijaga" oleh kuasa-kuasa besar, jadi ada ke yang berani nak kacau?