RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 26 Disember 2015

SAYA AKAN KEMBALI BERKHIDMAT UNTUK JDT - FIGUEROA

saya-akan-kembali-berkhidmat-untuk-jdt---figueroa

Bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Luciano Figueroa terharu menjadi sebahagian dari sejarah kelab itu selepas bersara.
Menurut kenyataan dibuat yang boleh didapati di laman Facebook Johor Southern Tigers, pemain berusia 34 tahun itu akui negeri itu miliki masa depan cerah dalam sukan bola sepak.

Walaubagaimanapun, Figueroa menasihatkan kepada penyokong untuk sentiasa berdiri teguh dibelakang pasukan tidak kira dalam apa jua keadaan.

Tempoh hari, Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur penyokong kerana kurang hadir ke stadium setelah JDT berubah menjadi pasukan terkuat di Liga M.

Figueroa turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, pengurusan JDT dan bos serta sahabatnya DYAM Tunku Mahkot Johor.

Namun, penyokong setia JDT mungkin tidak akan merasai kehilangannya terlalu lama apabila Figueroa beri jaminan akan kembali semula kepada JDT.

"JDT adalah keluarga saya, dan saya amat berbesar hati untuk berkhidmat kepada JDT pada masa akan datang," jelasnya.