RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 30 Disember 2015

Kelantan Uji 3 Pemain Import


KELANTAN menguji tiga pemain import bagi mengisi tiga kekosongan kuota pemain berkenaan untuk menyarung jersi The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan K Devan berkata setakat ini, Kelantan menguji seorang pemain dari Nigeria, David Nworah pada minggu lepas, manakala Christopher Omoseibi Elijah pula baru tiba di Kota Baharu.
“David Nworah telah pulang beberapa hari lepas kerana tidak memenuhi tiga kriteria ditetapkan – kemahiran, bekerja keras dan memiliki semangat berpasukan yang tinggi.
“Tiga kriteria ini dititikberatkan supaya pemain yang dipilih menyertai pasukan mampu memberi impak berkualiti dalam saingan musim hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu, hari ini.
K Devan, bagaimanapun tidak memberitahu seorang lagi pemain import yang bakal diuji Kelantan dalam masa terdekat. – Bernama
www.sinarharian.com.my