RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 28 Disember 2015

KAFA mahu FAM membuat tindakan tegas

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan pendirian mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Syahrul Azwari sertai Sarawak.
Sebelum ini, bekas pemain Harimau Muda itu menjelaskan bahawa telah memaklumkan dan berbincang dengan KAFA sebelum berhijrah ke Sarawak disamping menjelaskan mengikut segala perundangan dan peraturan betul sebelum membuat keputusan.

Walaubagaimanapun, KAFA difahamkan masih berpegang dengan peraturan bekas pemain Harimau Muda harus pulang beraksi bersama negeri asalnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Reezal Zambry Yahya sebelum ini menyokong tindakan Syahrul Azwari yang berhijrah ke Sarawak.

Reezal berpendapat setiap pemain punyai hak menentukan perjalanan karier bola sepak masing-masing.