RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 8 Mei 2015

NAHAS DUKE: Tak mengaku salah




DUA pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, (kiri) dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, (menutup muka) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. - Foto Khairull Azry Bidin.




Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di
Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik,
Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa
mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan
kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan
di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen
memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin
selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai
serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 11:44 A
FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid