RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 16 Mei 2015

KELANTAN TANPA MCKAIN DAN AMUTU?



Kota Bharu: Pahang membawa bekalan tipis 1-0 ke Kota Bharu dengan misi untuk layak ke perlawanan akhir demi mempertahankan kejuaraan. Manakala pasukan tuan rumah, Kelantan mahu menidakkan kemaraan Tok Gajah.

Dengan berbaki 90 minit lagi, Stadium Sultan Muhammad ke-4 akan menjadi pentas penentu segalanya.  Ketua Jurulatih Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyatakan bahawa sesi latihan pada minggu ini adalah lebih kepada persiapan terakhir bagi mencari gandingan pemain yang sesuai. 

Kemunculan kembali kapten pasukan, Badhri Radzi yang disisihkan akibat kecederaan pada perlawanan yang lepas, mampu memberikan nafas baru. Beliau dijangka akan mengetuai dan menghidupkan kembali jentera tengah pasukan.
Namun begitu, skuad The Red Warriors akan kehilangan khidmat Jonathan McKain yang digantung satu perlawanan akibat dua kad kuning yang diterima. 

Kecederaan yang dialami Austin Amutu juga menggusarkan kem Kelantan kerana doktor masih belum mampu untuk mengenalpasti dan memerlukan sedikit masa. 


"Ini bergantung kepada komitmen pemain itu sendiri (Amutu). Sekiranya beliau rasa bersedia untuk perlawanan Sabtu ini, kita akan uji kecergasannya dalam latihan terakhir petang ini," ujar Azraai Khor Abdullah.

Tambah beliau lagi, "Kita bukan mengharapkan Amutu sahaja. Kita masih ada Wan Zack Haikal, Khairul Izuan Rosli dan Norfarhan Mohamad. Pemain tempatan ada kekuatan tersendiri. Buktinya, pada separuh masa kedua di Kuantan, kita tampil dengan aksi menyerang yang baik."

Dilaporkan oleh,
Emiera Izzaty
Wartawan TRWFC
-
Foto oleh Meezan Defella