Gambar : STADIUM ASTRO
Wan Mustaffa menyifatkan Khirulazuan membuat keputusan yang tidak tepat apabila sewenang-wenangnya memberikan sepakan percuma kepada tuan rumah pada minit ke-63 selepas mendakwa bola terkena tangan pemain UITM, Sharizan Shukor.
Situasi bola mati tersebut digunakan sebaiknya pasukan Melaka oleh pemain import, Felipe Almeida Souza, untuk menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pasukan tuan rumah dalam pertemuan itu.
"Seolah-olah membuli dan kami selalu kena."Sebelum sudah dua kali terjadi dan kami telah melakukan bantahan terhadap dua pengadil dan mereka telah digantung, jadi selepas ini kami akan melakukan bantahan secara formal dan menghantar semua bukti termasuk video," kata Wan Mustaffa.
UITM sebelum ini sudah berdepan dengan situasi sama ketika pertemuan dengan pasukan Johor Darul Takzim II (JDT II) serta Perlis dalam aksi Liga Perdana dan aduan mereka telah pun disalurkan ke jawatankuasa pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sementara itu, Felipe tidak menganggap dua gol yang dijaringkan ketika menentang UITM bukan sesuatu yang berpandukan nasib sebaliknya ia hasil latihan gigihnya yang berterusan.
Dia juga berharap mampu menggunakan kepakarannya dalam situasi bola mati bagi menghasilkan gol dalam perlawanan yang akan datang.
“saya amat gembira dengan keputusan pada malam ini, ia adalah usaha satu pasukan. “Sepakan percuma yang diambil pada malam adalah hasil usaha keras ketika sesi latihan dan saya berterima kasih kepada jurulatih atas kepercayaan yang diberi,” ujar Felipe.
Sumber : STADIUM ASTRO