RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 Julai 2017

Jangan Keluar Kenyataan Menghasut Soal Mutu Pengadil, Dollah Salleh Berdepan Tindakan FAM





Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ini kerana beliau percaya kenyataan berkenaan boleh mewujudkan unsur ketidakpercayaan terhadap mutu pengadilan bola sepak di negara ini.

“Sememangnya kita akan ada rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan, tetapi jangan sampai ia merosakkan dan mencemarkan imej bola sepak negara...persepsi negatif ini perlu dihapuskan.

“Kita tidak mahu mutu pengadilan akan menyebabkan timbulnya rasa hilang kepercayaan penyokong-penyokong yang merasa seolah-olah tertipu dengan perlawanan yang kononnya seperti diatur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, FAM melalui jawatankuasa pengadil turut sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengadilan bola sepak agar kesilapan seumpama ini tidak berulang sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap sistem pengadilan tersebut.

Sabtu lalu, Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh melahirkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwanya berat sebelah ketika Tok Gajah tewas 1-2 kepada Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Mohd Yusoff berkata, usaha ini bagi menghilangkan keraguan orang ramai selain meyakinkan mereka agar Liga Malaysia akan terus dihormati.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata, secara peribadinya beliau juga tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada perlwanan Liga Super antara Melaka United dan PKNS FC baru-baru ini.

“Saya juga atas faktor Melaka United turut tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang berlangsung baru-baru ini ketika menentang pasukan PKNS. Saya dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pengadil bahawa keputusan penalti dan kad merah kepada pemain Melaka United itu salah,” katanya.

Beliau berkata, apabila sesuatu rasa tidak puas hati timbul, seharusnya pihak ketua jurulatih melalui persatuan perlu menghantar surat bantahan rasmi kepada jawatankuasa pengadil berserta bukti seperti video perlawanan.

“Saya difahamkan pengerusi jawatankuasa pengadil belum menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang dan kenyataan yang dikeluarkan Dollah barangkali bersifat peribadi dan bukan secara rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata pihaknya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas 100 hari pentadbirannya sebagai Presiden FAM.

“Jawatankuasa FAM sentiasa menaruh sepenuh kepercayaan dan berdiri teguh di belakang tuanku untuk melakukan apa jua perubahan dalam bola sepak negara agar ia dapat ke satu tahap yg lebih baik dari sebelumnya,” katanya. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN

Dollah berdepan tindakan oleh FAM

Dollah berdepan tindakan oleh FAM


Timbalan Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, tidak menolak kemungkinan Dollah Salleh dikenakan tindakan atas kenyataannya mengkritik pengadil dalam perlawanan di antara Felda United dan Pahang, kelmarin.

Yusoff menjelaskan dia akan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Baljit Singh Sidhu, sama ada terdapat sebarang kes terhadap kenyataan Dollah itu.

Walaupun memahami Dollah merujuk kepada kelemahan mutu pengadilan dalam perlawanan itu, namun Yusoff menegaskan sesiapa sahaja tidak terlepas daripada sebarang hukuman jika didapati melanggar peraturan sedia ada.

"Saya fikir pihak Jawatankuasa Tatatertib akan mengambil kenyataan Dollah dan menilai sama ada perlunya mengambil tindakan. Saya enggan mengulas lanjut, biarlah pihak jawatankuasa yang menilai," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan isu kelemahan mutu pengadilan adalah bersifat subjektif dengan mana-mana pasukan tidak terkecuali menjadi mangsa.

"Kenyataan Dollah Salleh berbaur prejudis dan mampu menghilangkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak negara kita," tambahnya.


Sumber : STADIUM ASTRO