RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 4 Julai 2017

10 Faktor Kelantan Bakal Menghadapi Kesukaran dan Masalah Besar Berhadapan UITM FC


1. UITM FC hanya mengalami 3 kekalahan dalam Liga Perdana 2017 dan antara top3 pasukan paling sikit kalah.

2. UITM FC berada ranking liga no.6 dengan kutipan 21 mata dimana sama mata dengan JDT II.

3. UITM FC mencetak 31 gol dalam Liga Perdana 2017 dimana pasukan ini mencetak gol paling banyak dan sama banyak dengan JDT II dalam liga sekaligus menewaskan jumlah gol Negeri Sembilan, Terengganu, Kuala Lumpur dan PKNP.

4. UITM FC pencetak gol terbanyak dalam satu perlawanan ketika menewaskan MIFA FC 7-2 di tempat lawan dalam saingan liga perdana 2017

5. Rekod Terbaik UITM FC banyak kali berjaya menyekat dan menghampakan pasukan besar dalam Liga Perdana 2017 antaranya :

3 Feb, KL 1-1 UITM FC
24 Feb, UITM FC 2-2 JDT II FC
28 Feb, Sabah 2-3 UITM FC
3 Mac, MIFA 2-7 UITM FC
7 Mac, UITM FC 1-1 Negeri Sembilan FA 
7 April, PDRM 1-1 UITM FC
14 April, UITM FC 4-0 Terengganu FA
25 April, UITM FC 1-1 PKNP FC
5 Mei, UITM FC 4-3 PDRM FC 

6. UITM FC dijangka bermain lebih selesa dan menguasai perlawanan walaupun di tempat lawan kerana tidak mengalami tekanan seperti Kelantan FA dimana dibebani harapan mengunung & ditakir daripada penyokong di stadium dan seluruh penyokong malaysia yang lebih menjangkakan Kelantan akan menang mudah menentang UITM FC.

7. Rekod Kelantan dii tempat sendiri (Kota Bharu) pada tahun ini. Kelantan hanya menang sekali sahaja ketika lawan T-Team 4-2 dan mengalami kekalahan sebanyak 6 kali iaitu jumlah semua kekalahan Kelantan di Liga Super. (KRITIKAL!)

8. Kelantan masih bereksperimen dengan pengurus baru, Alfredo Gonzales dan jika tersilap percaturan sekali lagi. dijangka menghadapi kesukaran menjaringkan gol berhadapan UITM FC.

9. UITM FC mempunyai 2 Pencetak Gol sangat berbisa iaitu Akanni-Sunday menjaringkan 13 gol dan Do Dong-hyun 10 gol, Hanya 2 pemain ini berjaya menghasilkan 23 gol dimana gol tersebut penyumbang 73% dari jumlah gol keseluruhan pasukan 31 gol.

10. Akanni Sunday pemain import UITM berasal Nigeria mempunyai badan fizikal keras dan antara calon pemain Top Skor Liga Perdana 2017, Kini berada kedudukan no.2 menghasilkan 13 Gol dan pencabar terdekat Guilherme de Paula Lucrecio 16 Gol

Ini menujukkan UITM FC ini pasukan sememangnya pantang dipandang rendah oleh mana-mana pasukan dan Kelantan harus berhati-hati terutama dengan 2 pemain import UITM FC iaitu Akanni-Sunday (13gol) dan Do Dong-hyun(10gol), kerana 2 pemain ini berjaya menghasilkan gol banyak iaitu 23 gol untuk kedua-dua pemain sahaja.