RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 30 Jun 2017

Syarikat Elektronik Japan “ROHM WAKO” Bakal Jadi Penaja Kelantan FA?

Rohm Syarikat Elektronik berasal dari Negara Jepun mungkin ada penyokong Kelantan mengenali syarikat tersebut kerana ramai rakyat tempatan bekerja di Rohm Wako dimana kilang tersebut berada di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Ingin Lebih Lanjut tentang : Baca Wikipedia Rohm

Kembali pada tajuk, Dikhabarkan kami mendapat info mengatakan 'ROHM WAKO' Bakal menjadi penaja Kelantan FA tidak lama lagi,

Info ini merujuk daripada Hiroshi Hamada penaja Kelantan, Yakult yang membuat status melalui facebook peribadi rasmi beliau.

"Gembira apabila kawan kita "ROHM-Wako" akan menyertai keluarga The Red Warriors tidak lama lagi!! :) :) :)" -  Hiroshi Hamada

"Manager Direktor memberitahu saya yang akhirnya mereka mendapat kelulusan dari ketua pejabat di Jepun untuk menaja The Red Warriors"

"Kita akan menjemput mereka (ROHM-Wako) untuk memberi sokongan kepada The Red Warriors :D" -  tambah lagi komen Hiroshi Hamada





Rohm Wako adalah syarikat pengeluar peralatan elektronik yang mempunyai sebuah kilang terbesar di negeri ini. Perkara ini mendapat reaksi positif dari penyokong Kelantan FA mengatakan masih ada sinar dan harapan untuk membantu kewangan pasukan Kelantan sekaligus dapat mengelakkan diri didenda FMLLP tersingkir ke liga bawahan.