RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 3 Jun 2017

Media Sepanyol Mendedahkan JDT Mahu Natxo Insa dari Levante dan Nilai Tawaran

Image result for kiko insa natxo insa
Bekas pemain Valencia yang juga merupakan abang kepada pemain Pahang, Kiko Insa iaitu Natxo Insa telah mendapat tawaran untuk menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Sumber dari Sepanyol menyebut JDT membuat tawaran sebanyak 400k Euro (RM1. 9 juta) untuk dapatkan Natxo Insa daripada kelab Levante yang baru dinobatkan sebagai juara liga segunda dan bakal beraksi dalam La Liga musim depan.


Natxo Insa sering membarisi kesebelasan utama dalam pasukan Levante UD

Natxo Insa merupakan tonggak utama pasukan Levante UD dan membantu pasukan itu menjuarai liga Segunda. Ketiadaannya pasti amat dirasai oleh penyokong Levante UD yang masih berharap beliau berada bersama pasukan mereka.

Pada bulan Februari lepas, pemilik JDT  Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu akan cuba mendapatkan seorang pemain tengah dari Sepanyol untuk menguatkan pasukan. Kata-kata Tunku Ismail tersebut menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan Natxo Insa dalam skuad JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.
Selain itu, seorang lelaki yang mengaku dirinya agen dari agensi milik Scott Ollenrenshaw cuba mendapatkan alamat email Natxo Insa melalui instagram Kiko Insa. 

Baru-baru ini sebuah laman web bolasepak dari Sepanyol melaporkan Kiko Insa, sebagai perunding dan orang tengah yang cuba berunding dengan pengurusan Levante UD untuk melepaskan abangnya daripada kelab tersebut.
  
Menurut laman tersebut, Natxo Insa mempunyai baki kontrak selama setahun dengan kelab Levante UD. Pengurusan kelab tersebut masih belum buat sebarang keputusan sama ada mahu melepaskannya kerana Natxo merupakan tonggak penting dalam pasukan dan pengurusan kelab itu mahu mengekalkannya untuk saingan La Liga musim depan.
Walaubagaimanapun, pengurusan kelab itu akan mengenakan yuran perpindahan yang termaktub dalam klausa ‘contract termination’ Natxo Insa jika ada mana-mana kelab mahu mendapatkan khidmatnya.
Natxo Insa turut direhatkan oleh jurulatih Juan Ramon Lopez dalam perlawanan menentang Lugo semalam sekaligus menguatkan lagi spekulasi mengenai perpindahan beliau ke pasukan JDT.

Sumber : FOOTBALL TRIBE