RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 21 April 2017

Tutup kedai 10 minit: Negeri lain patut ikut Kelantan



KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mencadangkan agar negeri-negeri lain mencontohi arahan Kerajaan Kelantan memberhentikan perniagaan ketika solat Maghrib.

Beliau berkata, arahan untuk memberhentikan perniagaan selama 10 minit itu dilihat sebagai perkembangan yang sihat kerana ia memberi ruang kepada umat Islam dapat menunaikan tanggung jawab solat fardu.

Menurutnya, usaha tersebut adalah satu peraturan yang baik dan patut dihormati serta disanjung tinggi.

“Kita meniaga, paling utama, kita wajib patuh pada suruhan ALLAH. Kalau tak sembahyang, hukumnya berdosa dan usaha pun tidak ada keberkatan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Hanya pasar malam sahaja']

“Mereka kerja swasta pun ada peraturan buruh untuk memberi pekerja Islam menunaikan solat Jumaat, ada peraturan khas,

"Begitu juga waktu Maghrib dan solat Jumaat adalah sama-sama fardu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang menjelaskan arahan memberhentikan perniagaan di waktu Maghrib itu akan diperluaskan di seluruh negeri Kelantan selepas ini.

Kenyataan itu mengundang kritikan beberapa pihak termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim  yang menyifatkan langkah itu melanggar hak asasi.

Justeru, ahli DAP itu bakal mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan Kelantan.
Mengulas kritikan Zaid itu, Mohamad Shukri berkata, sesiapa sahaja boleh mengkritik, tetapi teguran itu mestilah berhemah.

“Kenyataan  negatif mengenai  arahan berhenti niaga selama 10 minit  sepatutnya tidak berlaku, sebaliknya amalan ini seelok-eloknya menjadi ikutan kepada negeri lain.

“Bagi mereka yang mahu beri kritikan, mereka boleh beri pandangan kerana ada ruang untuk mengkritik, tetapi biarlah kritikan itu munasabah dan membina,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN