RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 27 April 2017

Respon Dollah Salleh hairan Sumareh mangsa kena tendang dihukum FAM tanpa sebarang penjelasan


KUANTAN: Dollah Salleh mempertikaikan keputusan gantung satu perlawanan dan denda RM3,000 ke atas penyerang import Pahang, Mohamaodu Sumareh dan menganggapnya sebagai tidak logik serta tidak sepatutnya berlaku.

Ketua Jurulatih skuad Tok Gajah ini berkata, pemain import skuad Tok Gajah dari Gambia itu tidak melakukan kesalahan, sebaliknya Sumareh menjadi mangsa apabila diterjah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir kedua Piala FA.

"Apa sebab, punca dan kenapa? Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.


"Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.
"Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan," katanya.

"Ini satu penganiayaan kepada Sumareh, saya tidak tahu apa kesalahan dilakukan dan punca dia (Sumareh) dikenakan tindakan itu.

"Jika tengok semula video (perlawanan), pengadil bertugas tidak melayangkan kad tapi Jawatankuasa Tatetertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula yang jatuhkan hukuman.

"Sudah macam cerita dongeng, orang yang tidak bersalah kena hukum, saya tidak puas hati dengan hukuman ini," katanya ketika sidang media selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dan FELDA United di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Dalam perlawanan itu, Pahang mencatat keputusan seri 1-1.

Ketika ditanya kemungkinan pihaknya akan meminta penjelasan daripada FAM, Dollah berkata, sepatutnya FAM yang memberi penjelasan.

"Buat apa kita minta (penjelasan), sepatutnya mereka (FAM) yang jelaskan kepada kita sebelum buat keputusan. "Apa yang kita persoalkan, kenapa orang yang tidak bersalah dihukum, mangsa (Sumareh) kena hukum dan dipersalahkan," katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan Ahad ini.
Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Afif Fazail pada perlawanan suku akhir Piala FA, Ahad lalu.


Sumber : BERITA HARIAN & HMETRO