PEMAIN ASING DIBENARKAN BERPINDAH PASUKAN PADA JENDELA KEDUA PERPINDAHAN MUSIM INI
Sebelum ini, pemain asing tidak dibenarkan berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia semasa pintu perpindahan dibuka walaupun terdapat banyak permintaan daripada pasukan. Peraturan ini telah wujud sebelum Football Malaysia LLP (FMLLP) ditubuhkan dan masih diamalkan sehingga sekarang.
Walaubagaimanapun, berdasarkan trend oleh pasukan Liga Malaysia untuk menamatkan kontrak pemain asing ketika pintu perpindahan kedua dibuka, FMLLP telah memutuskan untuk membenarkan pemain asing berpindah ke pasukan lain dalam Liga Malaysia.
Ini membolehkan pemain asing yang ditamatkan kontrak, untuk bertukar atau berpindah ke pasukan lain seterusnya mengelakkan pemain terbabit terkilan meninggalkan Malaysia kerana ditamatkan kontrak dan tiada pilihan lain yang tersedia untuk mereka.
FMLLP berharap peraturan baru ini membolehkan pasukan mempunyai banyak pilihan dan menggalakkan pasukan untuk berunding sesama mereka seterusnya memperolehi faedah melalui inisiatif ini. Adalah harapan FMLLP supaya pasukan menggunakan peluang ini untuk membuat perancangan strategik dan melakukan perpindahan pemain secara professional; dari menamatkan kontrak pemain selain memberi kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan daripada aset pasukan dan melabur semula dalam apa jua yang akan memberi manfaat kepada pasukan di masa hadapan.
Untuk rekod, Malaysia menunjukkan angka yang sangat tinggi dalam kes penamatan kontrak menyalahi undang-undang dan kes telah dirujuk kepada FIFA. Kita telah terkenal cukup lama untuk isu ini dan FMLLP telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan perkara ini tidak terus berulang.
Dengan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan akan dikemaskini di dalam Manual Liga Malaysia akan datang.
-----------
FOREIGN PLAYERS ALLOWED TO MOVE TO OTHER TEAMS IN M-LEAGUE DURING SECOND TRANSFER WINDOWS
In past seasons foreign players were not allowed to be transferred within teams in the mid season window despite many requests from teams hoping to be able to do so. This ruling was made prior to Football Malaysa LLP (FMLLP) being established and had survived thus far.
However, due to continued trend by some Malaysian teams of termination of foreign players in the mid season window, Fmllp have decided to allow the transfer of foreign players within this window between teams. This allows some of the foreign players who are to be terminated, to be exchanged or transferred between teams to lessen the instance of players leaving Malaysia aggrieved due to termination of their contracts and without many options available to them in mid season.
FMLLP also hopes that this will allow teams more options and encourage teams to negotiate with each other with regards to transfers thus allowing them to benefit from this initiative. It is our hope that teams use this opportunity for strategic planning and see it as an opportunity to transfer players professionally instead of terminate them if possible and also perhaps even a chance to monetize their assets and reinvest in areas that will benefit the team further.
Malaysia has an extremely high amount of cases of unlawful termination and cases referred to FIFA. We have been infamous for this long enough and we are taking steps to ensure this does not continue. This is one of the steps in that direction.
With the FMLLP boards approval, this will come into effect immediately and will be updated in the next update of the Manual Liga Malaysia.
Sumber :
Football Malaysia LLP