RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Selasa, 18 April 2017
Faktor Ghaddar mahu kembali semula bersama TRW 2017
Di awal tahun 2017, Penyerang kebangsaan Lubnan, Mohammed Ghaddar, nyata teruja apabila kembali untuk menyarung jersi Kelantan pada musim ini dan berhasrat untuk menggegar arena bola sepak tempatan sama seperti yang dilakukan olehnya pada 2012.
Tapi apakah faktor mendorong Ghaddar mahu kembali semula kali ketiga bersama TRW 2017 apabila sebelum ini reunion kali kedua pada tahun 2014 bersama TRW jodoh tidak panjang. Sini admin kongsikan semula kata-kata Ghaddar apabila dia dapat tawaran join TRW 2017
"Saya sangat gembira apabila diberi peluang untuk kembali ke pasukan ini dan saya terus katakan 'ya' apabila Annuar menghubungi saya dan bertanyakan sama ada saya mahu kembali bersama Kelantan ataupun tidak.
"Saya meminta kebenaran Al-Faisaly untuk meninggalkan pasukan itu dan semua urusan perpindahan sudah diselesaikan. Saya rindukan pasukan ini dan suasana di negeri ini serta sokongan padu daripada penyokong setia pasukan ini," katanya pada majlis pengenalan pemain import untuk pasukan Kelantan musim ini di sini,
Penyerang berusia 33 tahun itu mengakui tidak perlu berfikir panjang apabila mendapat panggilan daripada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mahukan dia kembali untuk membantu skuad The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan musim ini.
Faktor yang boleh kita simpulkan sekarang ialah pertama, Ghaddar rindukan TRW mempunyai rakan pasukan lamanya seperti Piya, Indra, Norfarhan, Khairul Fahmi dan lain-lain,
Kedua, Ghaddar suka suasana berada di negeri Kelantan terutama sokongan padu beribu-ribu penyokong TRW buktinya ketika Ghaddar menerima tawaran dari Tan Sri Annuar Musa untuk kembali bersama TRW, Ghaddar tanpa membuang masa terus terima peluang yang dinanti-nantikan selama ini, dalam masa singkat Ghaddar meminta kebenaran dengan bekas kelabnya untuk meninggalkan pasukan dengan serta merta kerana tidak sabar untuk bergabung bersama Kelantan FA. Ghaddar selesa dan gembira ketika berada di Kota Bharu & beliau mengakui antara faktor utama beliau kembali adalah faktor penyokong selain rakan sepasukan yg cukup 'RAPAT'
Oleh kerana itu, Ayuh kita memenuhi stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan supaya Ghaddar semakin jatuh hati dengan pasukan TRW. GKG