RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 5 Mac 2017

Zahasmi mengingatkan supaya tidak berasa selesa dengan 2 kemenangan


KETUA Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail mengingatkan anak buahnya supaya tidak berasa selesa walaupun menang dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super ketika ini. 

Zahasmi berkata walaupun Kelantan berjaya mengekalkan rentak kemenangan menewaskan T-Team pada malam tadi dan Perak sebelumnya, namun skuad The Red Warriors perlu sentiasa bersiap-siaga kerana liga akan berehat selama sebulan selepas ini.

 "Kemenangan pada malam ini (malam tadi) cukup bererti kerana pada bulan lepas, kita tewas tiga kali berturut-turut di laman sendiri. 

"Bagaimanapun, pemain tak boleh terlalu selesa kerana liga akan berehat selama sebulan dan banyak aspek perlu diperbaiki lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi. 

Pada perlawanan malam tadi, Kelantan meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan T-Team 4-2. 

Penyerang import kelahiran Lubnan, Mohamad Ghaddar muncul wira skuad The Red Warriors apabila meledak hatrik pada minit ke-6, 68 dan 81 diikuti gol oleh Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-75. 

Gol T-Team pula disumbangkan oleh Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke-46 dan Farhod Tadijev (minit ke-90). 

Sementara itu, ketua jurulatih T-Team Rachmat Darmawan berkata beliau mengakui pasukan bimbingannya mempunyai beberapa kelemahan ketara selepas mengharungi lapan perlawanan. 

"Kami mempunyai masalah pada posisi tengah dan pertahanan kerana rata-rata pemain yang bermain di posisi ini adalah pemain muda yang perlu diberikan lebih pengalaman," katanya. 

Kelantan kini berada pada kedudukan keenam liga dengan mengutip 12 mata selepas tujuh perlawanan hasil daripada empat kemenangan dan tiga kekalahan. - Bernama

Sumber : SINAR HARIAN