
HARGA RASMI JERSI TRW 2017 RM109
1. Untuk makluman semua, harga jersi diturunkan dari harga RM119 kepada RM109 sahaja memandangkan kesanggupan penyokong menunggu diatas kelewatan dari pihak pengeluar.
2. Penyokong boleh mula mendapatkan Jersi TRW 2017 ini mulai 18 Februari 2017 (Sabtu) iaitu pada hari perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Kedah di Kota Bharu. Jersi akan mula dijual di sekitar perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV dan di kedai-kedai pengedar sah yang dilantik.
3. Pihak kami mengharapkan kepada semua penyokong yang sayangkan pasukan The Red Warriors agar dapatkan jersi yang original kerana sedikit sebanyak hasil jualan dapat membantu kewangan pasukan.
Sumber : GLOW GLOWING TRW2017
Sumber : GLOW GLOWING TRW2017